.

Wednesday, August 1, 2012

Tanda hamil anak lelaki atau perempuan # Suka-suka


Selamat petang puan-puan.

Tajuk kita hari ni anak lelaki atau anak perempuan dalam perut kita ni.

Berdebar-debar lah.

Aku tak scan lagi pon dah nak masuk 9 bulan dah pon. Aku pon tak tahu laki ke pompuan dalam perut aku nie. BAGUS tak aku ? Sebab aku ngan husband aku nak surprisez punya pasal.

Aku pon tak tahu bentuk perut aku macam mana ( tajam ke, lonjong ke, bulat ke, petak ke )

Wakakkaka.

Updated - haritu aku pegi hospital kajang-doktor pakar tu dia yang nak scanned perut aku - dia cakap PUAN tahu tak yang Anak Puan ni Anak lelaki - Aku cakap aku tak tahu- camne nak tahu ? Aku tanya. Doktor tu jawap, ni peha kanan dia ni peha kiri dia, ni telur dia ni punai dia. Ha hahaha.

Camni lah perut aku : Cer korang teka :

tunggu masa je nak keluar ni 36 minggu dah


Yang ni ada INFO sikit tanda dapat anak lelaki atau perempuan # copy paste from someone's blog je nie.Yang aku highlight merah - tu tanda aku

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung( Aku ada muntah-muntah tak sampai 3 bulan la waktu pagi je tu pun sebab aku amek iron tablet- uweekkk tak sedap langsung )

Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit ( masa aku scan degupan jantung anak aku 4x ( 130, 112, 138, 148)

Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh ( Aku punya perut memang berat )

Perut anda kelihatan bulat sempurna ( tengok cam bulat )

Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap( Okay memang kale hitam gila. Seram aku nengok hitamnnya )

Bentuk perut condong ke arah bawah ( tengok cam ke bawah pun ada, tajam ke depan pun ada )

Sukakan makanan yang masam dan masin ( sebenarnya apa-apa saja masuk dalam badan sampai kencing manis )

Suka makan daging dan keju ( sedapnya daging kambing ngan ikan salmon )

Tapak kaki selalu berasa sejuk ( kalau tak pakai stokin memang sejok )

Tangan selalu kekeringan (a'a kering sebab suka main sabun )

Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur ( Ikut keselesaan badan dan posisi tidur )

Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan ( suami kurus je tapi perut dia muncet sampai pakai losyen mustajab extra hot tiap-tiap hari )

Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil( konon berseri , selekeh je nengok )

Hidung tampak lebih mekar( a'a hidung jadi kembang, cam kelakar je nengoknya )

Selalu sakit kepala (A'a sakit kepala, padan muka, lagi sakit kepala kalau tengok rumah bersepah, baby dalam perut ni pembersih agaknya )

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

Mengalami Morning sickness di awal kehamilan( Aku ada muntah-muntah tak sampai 3 bulan la waktu pagi je tu pun sebab aku amek iron tablet- uweekkk tak sedap langsung )

Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul( Aku tak tahu tapi aku memang kuat berjalan sampai naik turun tangga sebelum 8 bulan ni, sekarang aku dah malas sebab dah rasa sakit nak bersalin )

Payudara kiri lebih besar berbanding kanan ( tengok sama je saiz dua dua nenen ni )

Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya ( rambut aku panjang, dulu sebelum hamil aku suka buat rebonding tapi sekarang rambut aku cantik la, suka aku nengok

Bentuk perut condong ke arah atas(perut berat tak de maknennye la ke atas, mestilah ke bawah )

Perut tampak agak lonjong( camne tu hah ? )

Mengidam makanan manis( aku suka donut, coklat tapi aku terpaksa amek kuantiti yang sedikit sebab aku dah kencing manis )

Sukakan buah-buahan( memang suka, sekarang ni aku amalkan makan kiwi, epal hijau,oren ngan jambu batu

Suka minum air atau jus yang bersifat masam ( aku suka minum air panas limau nipis, fuh lega je badan )

Anda jadi lebih cerewet semasa hamil( cerewet terhadap pemakanan sejak aku kena control makan konon nak BSP cantik balik )

Mudah moody berbanding sebelumnya ( tak jugak )

Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil ( Sebelum atau selepas sama je, sebelum lagi banyak jerawat, sekarang ni ada jerawat jugak tapi tumbuh area dagu, tpai bekas-bekas jerawat kat muka makin pudar dan kulit makin lembut )

Tidak suka makan roti bersama kulitnya ( Aku main hentam je roti gardenia putih sampai 1 bungkus 1 hari - last-last aku Kencing manis, padan muka )

Payudara kelihatan mengembang ( mestilah kembang jadi besar sebab nak susukan anak nanti camne ? )

Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur ( ikut keselesaan dan posisi )

Aku nak buat rumusan sikit pasal info-info ni sikit

Aku suka melawa kalau keluar berjalan-jalan ke shopping mall, takkanlah nak nampak selekeh pulak, jatuh martabat aku. Wahahhaha. Aku suka pakai ketat2 sebab aku nak btaw satu dunia aku pregnant. Lebih-lebih kalau naik train aku nak duduk. So bila dorang tengok perut aku dorang kasilah aku duduk. lalallaal..

Tapi kalau setakat pergi kedai mamak, aku tak nak pakai mekap sebab nanti mamak tu terkelip-kelip mata kang. Pakai baju pun T-Shirt pun besar sebab aku tak nak mamak tu tengok perut aku - nafsu orang kan lain-lain

Aku memang suka berjalan sebelum ni, tapi sekarang ni sakit dah nak bersalin nie, aku terpaksa batalkan hajat dan aku duduk rumah jer la meng-update blog nie.

Aku tak kisah pon anak lelaki ke anak perempuan janji cukup sifat cukup kaki tangan , jadi anak yang soleh dan solehah ( walaupun aku ni tak perempuan islamik macam ustazah di luar-luar sana ),aku nak anak aku sehat, cantik, cerdik, bijak, pandai, kalau boleh masa awal kelahiran aku nak start ajar dia bercakap, menyanyi Asma al husna.

Majoriti yang tengok perut aku ramai cakap aku bakal dapat anak lelaki dan ada juga mengatakan aku bakal mendapat anak perempuan dan paling lawak ada juga cakap aku bakal dapat anak kembar. Aduhai.

Aku tak minat tengok baju baby girl tapi aku suka tengok muka baby girl. Aku suka tengok baju baby boy, aku suka Patung transformers, dan patung lembu ( bukan yang berhala tu ni dia macam teddy bear ). Waktu aku hamil ni- Aku tak minat kale pink tapi aku ada banyak baju pink sebab masa zaman anak dara aku suka baju pink, haha. Aku teramatlah suka kaler MERAH PEKAT - Kalau boleh Stroller QUINNY yang aku beli tu pon aku nak kaler merah sampai mengeluh/menanges tak keluar air mata tak dapat kaler Merah.

Dulu sebelum hamil aku banyak JERAWAT - waktu hamil sekarang kurang sikit tapi bahagian dagu dia attack sekarang, tapi parut semakin pudar dan kulit jadi lembut.

Aku punya kesan rekahan teramatlah menakutkan - haha, aku sapu BIO Selusuh, sekarang kulit aku dalam proses penyembuhan walaupun aku boyot bona-bona.

Aku punya ketiak dan belakang leher jadi hitam semasa hamil ni tapi aku scrub scrub sampai hilang daki, tapi timbul balik hitam tu memandangkan kulit aku cerah so biarkan je la !!

Aku cepat berpeluh dan juga cepat PELUPA. Wakakak. Bagus kan aku. Letak kunci atas meja pun tak ingat.

Aku suka tempat sejuk-sejuk. Tak suka panas-panas.

Aku suka gila makan ikan salmon punya kulit termasuk lah ikan keli, daging kambing, daging, keju. Tapi aku tak suka ayam sangat, aku makan tapi makan sikit je.

Aku ada cek jugak kalendar CINA KUNO tu, aku tak taw la betul ke tipu sebab aku tak percaya kepercayaan lain selain qada' dan qadar.

tapi kat kalendar cakap aku bakal dapat anak perempuan. :)
kalendar ni cakap aku bakal dapat baby girl


Apa- apa pun aku harap sangat-sangat anak aku sehat- lahir dengan sempurna, ikut muka aku dan suami aku tak kisah la perempuan atau lelaki, Aku seram tengok orang pos-pos gambar bayi kena bunuh, gambar bayi yang bentuk bukan macam manusia dekat dalam facebook aku.

Aku ni dah lah cepat terdetik dalam hati walaupun aku tak kutuk-kutuk.

Dan paling aku tak suka bila benda-benda macam tu, aku boleh terbawa-bawa dari aku solat sampai aku tertidur.

Bayi lelaki ngan bayi perempuan ada suka aku dan ada yang tak suka aku, so aku tak tahu camne nak predict ini.

Aku banyak amalkan :

Air selusuh ngan bio selusuh. Konon nak mudah bersalin.

zikir : Astagfirullahazim alazi la ilaha ila hu wal hayum qayyum wa atu bu ilai.

zikir : La hau la wala qu ata illa billa hil aliyul azim.

zikir : La ila ha ila anta subhanakainni kuntu minna zallimin.

Kalau ayat al quran aku banyak baca Surah qursi, yasin, al-iklas, al-falaq, al- kafirun, an-nas, al-insyrah, al -baqarah yang muka surat pertama je,

yang surah luqman, maryam, yusuf aku baca terjemahan je. Huhuhu..

Okay sampai bertemu lagi,

Sudakallah hal azim.;)

11 comments:

  1. so.. akhirnya dah kuar baby ape.. nak tahu jugak nih... huhu

    ReplyDelete
  2. Hehehe..klaka la bce blog awk ni.best!! simptom2 hamlir sme mcm sye..sy scan ank lelaki..hee..

    ReplyDelete
  3. entri yang santai & seronok baca :) alhamdulillah time pregnant kan Maisarah dulu langsung xde sebarang alahan dan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  4. nice sharing. sy xsbr nak check gender baby. tp skrg br msok 13 weeks. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe teruja kan nak tahu boy ke gurl.. ♥☻

      Delete
  5. Scan tunjuk anak pompuan. Tapi takut nak harap sbb anak sulung lelaki. Lagi2 ada kes yg ada salah scan. Hehe. Pape pon tak kesah apa jantina. Yg penting sihat. Kalau dapat pompuan tu bonus. Hehe.

    ReplyDelete

♥○○Rasa-rasa nak berkenalan boleh pergi ke link button ni ○○♥

 photo blogger.png photo twitter.png photo instagram.png photo facebook.png photo gmail.png photo googleplus.png photo Imotiv.png

Cerita Cik Limau Nipis yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Target untuk Kurus

LilySlim - Personal pictureLilySlim Exercise days tickers

My baby is a boy !

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Ulang Tahun Cik Limau Nipis

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Hari Jadi Cik Limau Nipis

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Cik Limau Nipis kena kurus lepas bersalin

LilySlim - Personal pictureLilySlim Weight loss tickers