Pencuri di Parking Tesco Kajang


Niat nak pergi beli ikan fresh dekat Tesco Kajang lepas balik tengok ikan dari Giant Saujana Impian, dah la tengah penat- badan pun dah sarat- lagi 1 minggu nak melahirkan anak ni.
Malam tu sekitar pukul 8 malam pada 20/August/2012, husben aku parked kereta dekat tempat parking bahagian dalam tesco kajang, dekat dengan pintu masuk nak ke dalam Tesco, ADA SECURITY pon lembab- CCTV pun ada tapi lembab jugak- tak boleh nak membantu langsung.
Punya lah syok-syok aku pergi cari barang dalam Tesco Kajang tu, yerla waktu tu time 2nd day raya. Bukan ada barang sangat pun, hmm..banyak shops tutup.
Waktu aku keluar dari kereta- aku malas nak bawa bag tangan aku, Aku minta tolong husben aku tolong bawakan tapi dia pon malas nak tolong bawakan. So, aku letak je la bawah seat tempat duduk dia. Aku yakin selamat lah.
Bongok jugak aku kan, ada benda penting dalam tu pon aku g sorokkan barang penting bawah seat laki aku tuh lepas tu aku cover ngan beg telekung aku, Isk-isk perompak tu tak nampak ke kain telekung tu ? Mesti hati dia dah betul2 gelap dek kuat mencuri.
Lepas aku sedap-sedap beli barang sikit sempat aku minum air bubble tea. Nak balik ke kereta.- masukkan barang dalam bonet, aku suruh laki aku buka pintu sebab aku nak masuk nak duduk penat berjalan- SLOW gila lah laki aku nak buka pintu. Tiba-tiba cam lama je dia belek tempat kunci tu, dia panggil aku, dia suruh aku tengok- sebab ada cam kesan UMPILAN kat situ. Lepas tu bila buka pintu, aku dapati Beg jenama POLO aku telah lesap sebegitu sahaja, - aku yang tengah penat terus kaku dan trauma.
Dalam beg tu ada wallet-Hp xperia dan dokumen2 diri yang teramat-amatlah penting. Aku jugak ade simpan paswed yang tak bergune dalam kertas. Harap2 paswed tu dah lupus, sebab dah 4 tahun aku tak gune paswed tuh, hu3,
Aku yang masih terkelu dan macam tiang dah- laki aku cepat2 kol CIMB and MAYBANK untuk batalkan apa yang patut. Kol HP aku banyak kali- last2 orang tu switched off HP aku tuh, mesti dia pon tengah CUAK kot tiba2 owner HP tu kol.
Lepas tu kitaorang terus ke Balai Polis Kajang buat repot semua tuh. Dah buat repot, kitaorang pergi ke Tesco Kajang untuk tengok CCTV- tapi CCTV punye rekod macam hampeh, Aku rasa pencuri ni dah memang biasa mencuri dan boleh agak cctv kat tesco ni, memang tak SECURED langsung. Teruk betul Management TESCO Kajang ni. Ada SECURITY pon tak boleh harap.Pencuri tu BODOH, kerja Haram jugaklah kau BUAT.
Aku kerugiaan sekitar RM 2 Ribu macam tu kot. Sebab Cincin kawen aku, huaaa... :(
Memang tak dinafikan memang aku trauma dan fobia sangat- aku asyik nanges jee.. tapi suami aku asyik tenangkan aku je.. dia pun tak salahkan aku- sebab dia cakap dia sepatutnya bawa kan beg sebab aku ni dahla dah penat. Memandangkan aku mengandung so dia tak marah aku. dia suruh aku bersabar. dia tolong aku macam2 setelkan banyak benda. nasib baiklah dia cuti 1 minggu, kalo tak sape nak tolong aku setelkan dokumen2 aku balik..
Aku try kol touchngo tak dapat2 duhh cuti rayakah... lepas tu dah dapat kol, orang tuh sempat jugak menggunakan kad aku, kalau lah waktu tu dia tengah drive kena accident, Alhamdulillah, memang aku doakan benda tak elok betullah untuk penjenayah tu, tapi apakan daya Allah Taala lebih mengetahui.
Aku kehilangan Kad IC, Kad Nikah, Kad ATM, Lesen Kereta, PM Care Card, Kad Pelajar, Touch nGo, SSPN, Tesco, Watson, Jusco, Gambar2 passport aku, Pokoknya memang satu set lah kad2 penting aku tuh.. termasuklah HP Xperia aku- nasib baik tak ade gambar2 pelik dalam phone tu. Aku jugak kehilangan set mekap Maybelline aku sedeh. Aku kumpul mekap Maybelline berbulan2 baru dapat full set- Nak beli sekali gus ta de duet OH.:(
Dah la haritu orang masih beraya, JPN pun tak bukak lagi hari Selasa. Adoi aku punyalah CONCERNED takut orang tu salah guna kad dan dokumen aku, aku risau dia pergi buat pinjaman bank dan Pinjaman Ah Long.
Hari Rabu 22/8/2012- Hari yang betul2 penat gilaaaa....
Satu hari aku ke sana ke sini dari Seremban ke KL ke Putrajaya.
Aku pergi buat IC baru dekat JPN Jalan Reko, aku terkejut gila ramai beratur rupa-rupanya tu pejabat Imigresen je, huhu Nasib baik JPN Jalan Reko tak ramai orang tapi kalau buat kat JPN Putrajaya konfem ramai orang, hu3. Aku pon tunggu la nombor giliran aku- Belom sempat Orang JPN tu tanya- Aku terus cakap saya nak buat IC baru sebab IC saya kena rompak. Terus dia buat kad baru- tapi tak perlu BAYAR sebab ni kes kecuriaan bukan kehilangan atas kecuaian diri sendiri. Aku punyalah tanya macam2, macam mana kalau orang tu salah guna Kad IC lama- Orang tu pon explained, kalau ada kes tu berlaku, akan jadi kes Makhamah dan JPN aku campur tangan, berani Pencuri tu nak salah guna aku punye dokumen- memang tak selamatlah kau wahai Pencuri.
Keesokan hari tu aku setelkan semua dokumen2 penting aku. Memang lega dah banyak aku dapat setelkan.
Tapi paling tak boleh bla, memang aku berdoa hari-hari dekat Allah Taala supaya tunjukkan jalan pada aku supaya aku lebih bertenang, aku berdoa nak sangat2 penjenayah tuh pulangkan kembali barang-barang aku- memang aku trauma dan fobia gila2, kesian anak dalam perut aku, aku terlalu stressed sangat2 3/4 hari ni.. tapi hari Jumaat ni aku betul-betul dah start tenang dan redha sahaja dengan ketentuan Ilahi, perkara dah berlaku dan berlalu takkan kembali datang.
Berlakunya perkara ni memang menjadikan aku lebih tabah dan aku lebih berhati-hati sekarang. Selalunya aku memang ambil sambil lewa je pasal kes curi curi ni, tApi bila dah jadi dekat aku baru lah aku sedar diri sikit.
Alhamdulillah setelah kejadiaan ni aku jadi bertambah sayang gila22 dekat husben aku, macam2 dah dia belikan benda baru untuk aku sebagai ganti barang2 lama..Sanggup dia pergi cari bag POLO baru untuk aku.. @_@.
Sekarang ni memang aku tak percaye dengan orang sekeliling aku, nampak je baek tapi hati busuk, so aku kena pandai baca minda orang jahat nie...

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com